Empat bekas KM hadiri PAT Gagasan Rakyat

TS-Musa-n-TS-Osu.jpg

Tan Sri Musa Aman dan Tan Sri Osu Sukam, dua daripada empat bekas KM Sabah yang hadir di PAT Gagasan Rakyat hari ini. (Kredit foto: FB Rahmankaput Kaput)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyifatkan kehadiran empat bekas Ketua Menteri Sabah di Persidangan Agung Tahunan (PAT) parti itu hari ini sebagai tanda sokongan mereka terhadap parti tersebut.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata kehadiran mereka bukan sahaja sebagai satu penghormatan tetapi juga sokongan moral kepada Gagasan Rakyat.

“Saya mempunyai satu pendekatan berbeza kepada pemimpin-pemimpin kita yang lama, ada yang sudah tidak lagi aktif dalam politik, kita kena bagi penghormatan kepada mereka untuk datang ke mesyuarat seperti ini,” katanya.

Menurut Hajiji, pihaknya menjemput semua bekas Ketua Menteri (Sabah), tetapi ada yang tidak berada di Sabah.

“Jadi yang lain datang, untuk itu kita ucapkan penghargaan dan sebagai penasihat serta pandangan kepada kita dalam perjuangan ini.

“Saya tidak boleh tafsirkan begitu (sokongan), tetapi saya rasa begitulah mereka datang untuk memberi sokongan moral kepada saya dan juga kepada persidangan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Bekas Ketua Menteri Sabah yang turut hadir pada persidangan itu ialah Tan Sri Musa Aman, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Seri Yong Teck Lee yang juga merangkap Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Tan Sri Osu Sukam.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top