Empat atlet olahraga Sabah wakili negara ke Kejohanan Olahraga Asia bawah 2O tahun di Dubai

atlet-olahraga.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Empat atlet olahraga Sabah akan memakili Malaysia ke Kejohanan Olahraga Asia bawah 2O tahun Kali Ke-21 di Dubai, UAE pada 24 hingga 27 April ini.

Presiden Olahraga Sabah Mohamat BHassan menyatakan perkara itu dalam satu kunjungan hormat kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin di Kementerian Belia dan Sukan Sabah, semalam.

Keempat-empat atlet itu ialah Dexter Beddie, Hanssen Yap Soon Fu, Pengiran Aidil Auf Hajam dan Muhammad Khalil Helmi.

Mereka bakal beraksi di kejohanan tersebut bersama-sama 12 lagi atlet muda yang layak dari seluruh negara.

Ellron dalam pada itu berkata, bagi memudahkan urusan perjalanan atlet tersebut ke kejohanan itu, pihaknya akan memberikan bantuan kewangan menerusi geran tahunan yang telah diperuntukkan kepada persatuan.

Tambahnya lagi, kementeriannya berharap agar keempat-empt atlet ini akan melakar kejayaan nanti dan membuat warga Sabah berbangga dengan pencapaian mereka.

Ketika ditanya oleh rakan media mengenai perasaan dan persiapan menghadapi kejohanan bertaraf antarabangsa itu, Hanssen Yap Juara 100 Meter Sabah Games 2023 berkata, beliau akan membuat yang terbaik apabila beraksi nanti.

Manakala rakannya dalam kuartet 4×100 Dexter Bedie berkata, pemilihannya dalam senarai pendek atlet yang mewakili negara ke kejohanan itu amatlah menggembirakan beliau.

“Saya amat gembira, sebab dari dulu lagi saya ada matlamat mahu beraksi dalam kejohanan di luar negara, dan berharap agar membawa balik pingat,” kata Dexter.

Keempat-empat atlet itu dijangka akan bertolak ke Kuala Lumpur pada 21 April bagi bersama-sama kontinjen negara untuk berlepas ke Dubai nanti.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top