KOTA KINABALU: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Anifah Aman mendakwa kerajaan pimpinan Warisan telah memperdaya rakyat negeri itu berhubung isu empangan Papar.
Katanya, yang juga bekas menteri luar, keputusan untuk meneruskan projek yang penuh kontroversi itu menunjukkan Warisan langsung tidak mempunyai komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar seperti dibanggakan oleh mereka sebelum ini.
Beliau berkata, projek yang pada mulanya dikenali sebagai empangan Kaiduan itu ditentang hebat oleh komuniti setempat dan kumpulan alam sekitar.
“Oang Sabah masih ingat bagaimana Warisan dan sekutunya seolah-olah menentang empangan Kaiduan, hanya untuk kemudiannya memindahkan projek tersebut dari Penampang ke Papar dan menamakannya Empangan Papar setelah mereka berkuasa.
“Rakyat Sabah perlu sedar. Kita diperdaya dan ditipu oleh kerajaan Warisan dalam isu ini,” katanya dalam satu kenyataan.