Ellron Ziarah Bekas Juara Bina Badan Justine Sompong

menteri-belia.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Sabah,  Datuk Ellron Angin bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN), Mohd. Asneh Mohd. Noor, Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), Terrence Edward Pudin dan beberapa pegawai Kanan Kementerian menziarahi bekas juara bina badan Mr Asia, Justine Sompong yang kurang sihat kebelakangan ini di kediamannya semalam.

Selain memberikan kata-kata semangat dan sokongan, Datuk Ellron Angin turut menghulurkan sumbangan kepada bekas jaguh bina tanah air itu.

Ellron yang juga bekas pelari pecut negara mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas jasa dan bakti yang dicurahkan oleh Justine  kepada negara di samping membantu dalam pembangunan atlet sukan bina badan di negeri Sabah.

Beliau berkata Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan agensi di bawahnya sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Justine.

“Kita berdoa agar Justine cepat sembuh dan pulih,” katanya.-pr/BNN


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top