Ellron Minta Klinik Desa Tiulon Segera Dinaik Taraf

klinik-desa-Tiulon.jpeg
Kongsi Bersama

SOOK:Klinik Desa Tiulon perlu dinaik taraf bagi mengelak kejadian runtuhan bangunan berlaku sehingga mengancam keselamatan kakitangan serta pelawat.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin berkata, pihaknya mahu Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan segera untuk memulihkan struktur bangunan berkenaan yang kinu mula rosak di bahagian atap.

“Pembaikan ini harus dilakukan segera kerana klinik adalah satu kemudahan yang amat penting di Kampung ini.

“Ia penting kerana klinik terdekat iaitu Klinik Sook terletak jauh di pekan Sook,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Selain itu katanya, projek naik taraf jalan di kampung berkenaan juga masih belum dilaksanakan walaupun permohonan sudah dilakukan sejak dahulu lagi.

Katanya,  pencemaran habuk sering berlaku dan memudaratkan kesihatan mereka yang berada dalam klinik berkenaan setiap kali pada musim kemarau.

Menurutnya, antara sebab utama jalan ke Kampung Kabuan sejauh 26 kilometer belum dinaik taraf adalah kekangan sumber kewangan.

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top