Eksport beras India dihentikan, harga tidak akan meningkat

dr-jeffrey.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Langkah India menghentikan eksport beras tidak akan menyebabkan harga bahan makanan tersebut di negeri inimeningkat.

Utusan Malaysia dalam laporannya memetik Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, harga beras tidak semestinya meningkat kerana kuantiti beras yang diimport oleh Sabah masih pada kadar yang sama.

Malah, bekalan beras juga masih banyak dan mencukupi kerana ada kerjasama dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri itu berkata, tindakan India melarang eksport beras memerlukan Sabah untuk mencari sumber import beras lain bagi menampung keperluan beras.

Beliau berkata, Sabah masih bergantung kepada beras import dan tahap sara diri (SSL) beras Sabah masih terlalu rendah. Maka, kerajaan sedang berusaha meningkatkan SSL sehingga 60 peratus menjelang tahun 2030.

“Kerajaan menerusi kementeriannya juga berusaha memperluaskan tanaman padi dan meningkatkan kekerapan tanaman kepada dua hingga tiga kali setahun. Di samping itu, kita sedang memodenkan pertanian kita agar pengeluaran beras dapat dipertingkatkan.

“Malah, kerajaan setuju untuk menubuhkan semula Lembaga Padi yang akan dikenali sebagai Lembaha Padi Beras Sabah yang akan mula diaktifkan pada tahun depan,” katanya.

Pada masa ini, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM115.39 juta kepada Jabatan Pertanian bagi meningkatkan pengeluaran pelbagai hasil tanaman untuk membolehkan pendapatan petani meningkat daripada RM2,000 kepada RM4,000 sebulan.

Sekatan eksport beras India yang berkuat kuasa pada 20 Julai lalu dilakukan susulan peningkatan harga beras runcit kepada tiga peratus pada bulan lalu.

Langkah itu diambil bagi memastikan ketersediaan beras putih bukan basmati yang mencukupi di pasaran India dan untuk meredakan kenaikan harga di pasaran domestik.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top