Eksport Balak Terhad: Persatuan Kayu-Kayan Sabah Akan Tentukan Pendirian Selepas Perincian Diketahui

balak.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Persatuan Kayu-Kayan Sabah tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai Program Eksport Kayu Balak Terhad sehingga perincian mengenai aktiviti itu diketahui.

Dalam satu kenyataan ketika dihubungi mengenai keputusan kerajaan negeri yang membenarkan semula aktivti eksport balak yang dihentikan ketika era kerajaan WARISAN, salah satu ahli jawatankuasa pemain industri berkenaan berkata, pihaknya masih ingin mengetahui secara terperinci program berkenaan.

“Kami mahu adakan perjumpaan dengan Jabatan Perhutanan Sabah mengenai perkara ini.

“Selepas mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, persatuan ini kemudian akan membuat kenyataan,” katanya.

Baru-baru ini kerajaan negeri telah membenarkan semula aktiviti pembalakan dengan memperkenalkan Program Eksport Kayu Balak Terhad.

Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan mengesahkan perkara terbabit dan menjelaskan bahawa program berkenaan akan berkuat kuasa 3 Januari 2022.

 

Sumber: Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top