Ekspedisi saintifik beri pendedahan kepelbagaian biologi, ekosistem Gunung Kinabalu

marai-parai.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Ekspedisi Saintifik Marai-Parai West Gurkha Hut memberi pendedahan mengenai kepelbagaian biologi dan ekosistem di Gunung Kinabalu.

Ekspedisi tersebut dijalankan selama 13 hari bermula 7 Oktober lalu dan disertai oleh para pegawai penyelidik, pelajar universiti, porter gunung dan penduduk kampong.

Penganjur ekpidisi yang juga Pegawai Penyelidik Ekologi Vanillie Terence Justin berkata, ekspedisi ini antaranya bertujuan untuk membuat kajian berkaitan flora dan fauna, hidupan liar dan seranga di kaki Gunung Kinabalu.

“Kami menjalankan ekspedisi ini di sepanjang laluan Marai-Parai-West Gurkha Hut yang terletak di kaki Gunung Kinabalu, bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepelbagaian biologi dan ekosistem di Gunung Kinabalu.

“Pihak Sabah Biodiversiti Center (SaBC) juga telah melaksanakan tinjauan pengetahuan, kesedaran dan persepsi ketua-ketua komuniti di Kg. Kiau dan Kg Lobong-lobong serta ahli-ahli GOMPITO mengenai pelaksanaan Akses dan Perkongsian Faedah (ABS) di Sabah,” katanya.

Vanillie yang juga ahli jawatankuasa penganjur ekspedisi itu berkata, program seumpama itu akan diteruskan pada masa akan datang bagi memberi pendedahan kepada lebih ramai golongan sasaran seperti pelajar, porter dan penduduk kampong.

“Pemahaman ini penting kepada porter dan penduduk kampong bagi memudahkan mereka memberi penerangan kepada pelancong,” katanya.

Majlis penutupan ekspedisi itu disempurnakan oleh Pengarah Taman-Taman Sabah Dr. Maklarin Lakim, di Dewan Serbaguna Kg.Kiau Nuluh, baru-baru ini.

Turut hadir wakil Pegawai Daerah Kota Belud Dally Mondulung, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua- ketua Kampung dari Kiau Nuluh, Kiau Bersatu, Kiau Teburi, Kg. Lobong-Lobong dan Bangkahak. – NABALU NEWS

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top