Ejen Rumah Ditahan, Didakwa Tipu Kakitangan Awam Urusan Sewa Rumah

polis.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU): Seorang ejen rumah wanita ditahan polis kerana didakwa menipu seorang kakitangan kerajaan bagi urusan ‘sewa rumah’.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata wanita berusia 39 tahun itu ditahan polis selepas didakwa menipu penjawat awam berusia 33 tahun itu sebanyak RM1,500 bagi tujuan deposit ‘sewa’ rumah. di Beverly Hill di Bundusan, yang diiklankan dalam media sosial pada pertengahan September.

“Mangsa terjumpa iklan tersebut dan menghubungi suspek. Mereka bertemu di Kepayan Ridge di mana mangsa menyerahkan RM1,500 kepada suspek sebagai deposit.

“Suspek juga berjanji kepada mangsa bahawa dia dan keluarganya boleh berpindah ke rumah itu pada 17 Sept.

“Bagaimanapun, apabila mangsa bertanyakan alamat rumah, suspek terus memberi banyak alasan sebelum tidak dapat dihubungi lagi,” katanya pada Rabu.

Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis di balai polis Kota Kinabalu.

Bertindak atas laporan dan siasatan susulan, polis menahan suspek berusia 39 tahun itu pada 4 Okt lepas.

“Berdasarkan soal siasat polis, wanita itu mengaku telah mengiklankan rumah sewa itu dalam Facebook miliknya.

“Dia juga mengaku telah mengambil wang RM1,500 untuk kegunaan sendiri,” kata Mohd Zaidi.

Mohd Zaidi berkata berdasarkan siasatan, polis percaya lebih ramai mangsa akan tampil membuat laporan terhadap suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan mendorong penyerahan harta secara tidak jujur, yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Mohd Zaidi menasihatkan orang ramai khususnya pelajar institusi pengajian tinggi supaya berhati-hati dengan iklan rumah sewa, sambil menambah mereka perlu memastikan rumah itu wujud terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran.

 

Berita asal: The Borneo Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top