Edisi Terakhir New Sabah Times Hari Ini, Terhad 1,200 Naskhah

sabah-times.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pelanggan tetap dan pembaca setia akhbar New Sabah Times boleh mendapatkan edisi terakhir akhbar itu hari ini sebelum akhbar tempatan tertua di Sabah itu melabuhkan tirainya.

Nabalu News melaporkan bahawa Pengurus Produksi akhbar New Sabah Times, Cyrillus John berkata, cetakan terakhir amat terhad, hanya 1,200 naskah kerana kertas cetak yang ada hanya mampu mencetak sebanyak itu.

Beliau yang berkhidmat dalam penerbitan akhbar itu 20 tahun lalu berkata, sejak mula bekerja cetakan harian lebih 22,000 naskah setiap hari, namun sejak kebelakangan ini cetakan menurun sekitar 800 naskah sehari.

“Hari ini, cetakan edisi terakhir akhbar New Sabah Times untuk esok (31 Dis), hanya 1,200 naskah sebab kertas cetak yang ada hanya mampu mencetak sebanyak itu,” katanya ketika ditemui di pejabat New Sabah Times, di sini, semalam.

Muka depan edisi akhir akhbar itu bertajuk “New Sabah Times Akhiri Penerbitan” dengan beberapa gambar kenangan kakitangan akhbar itu serta keratan akhbar terbitan pertama New Sabah Times pada tahun 1998.

 

Baca seterusnya di sini:


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top