Edar Dadah: Dua Sahabat Ke Tali Gantung

tukul-mahkamah.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Mahkamah Tinggi Tawau semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada dua sahabat karib selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis Mathamphetamine.

Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Dr Lim Hock Leng memutuskan hukuman terbabit selepas pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran berjaya membuktikan semua tertuduh tahu mengenai dadah serta terbabit dalam pengedaran dadah berkenaan.

Tertuduh, Ardiansyah Sudirman, 33, yang juga bekerja pekerja buruh dan Muhammad Taufiq Asis, 29, pengusaha bot didakwa mengedar dadah seberat 327.1 gram.

Kedua-dua tertuduh ditahan di Jeti lama Pusat Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) Tawau pada 14 April 2019 sekitar pukul 1 petang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Semua tertuduh diwakili peguambela berasingan iaitu Ardiansyah diwakili peguam lantikan mahkamah, Jhassary Kang manakala Muhammad Taufiq diwakili peguam Andy Tay namun peguambela gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Sepanjang prosiding berkenaan, pegawai pendakwa memanggil tiga saksi pendakwaan selain tertuduh menjadi saksi tunggal masing-masing bagi pihak pembelaan. –K! ONLINE

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top