ECoS harus jelaskan mengapa tujuh daripada 10 kontraktor dilantik bukan dari Sabah

yong-1.jpg

DSP Yong Teck Lee (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Berdasarkan senarai 10 kontraktor yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) hanya tiga yang mempunyai alamat Sabah.

Tujuh daripada 10 kontraktor yang diluluskan mempunyai perniagaan dan alamat berdaftar di Semenanjung Malaysia.

Satu daripada tujuh syarikat itu disenaraikan oleh ECoS sebagai syarikat Kota Kinabalu tetapi carian syarikat menunjukkan syarikat itu berpangkalan di Johor).

Presiden Parti Maju Sabah Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, untuk menjelaskan bagaimana syarikat Sabah boleh diberi keutamaan, ECoS harus menjelaskan bagaimana tujuh daripada 10 Kontraktor Elektrik dengan kelas PV (Grid-connected) adalah syarikat bukan Sabah.

“SAPP menyeru ECoS untuk bukan sahaja mengumumkan keutamaan bagi syarikat Sabah tetapi juga melaksanakan dasar kerajaan Sabah, iaitu untuk meluluskan lebih banyak syarikat Sabah sebagai kontraktor,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu Yong berkata, SAPP mengalu-alukan jemputan terbuka ECoS kepada syarikat Sabah untuk mengemukakan bidaan membangunkan loji janakuasa PV Solar Berskala Besar (fotovoltaic) di Sabah.

Menurutnya, kenyataan ECoS , “Keutamaan akan diberikan kepada syarikat milik Sabah”.

Katanya, ECoS seterusnya menghendaki semua pembida “melantik kontraktor Elektrik dengan PV kelas (Grid-Connected) yang berdaftar dengan ECoS.

 

Berita asal: Sabah News Today (SNT)

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top