Eco Shop Naikkan Harga Bulan Depan

eco-shop.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jika sekarang ini pelanggan-pelanggan Eco Shop di Sabah membayar RM2.30 bagi setiap barang yang dibeli, mulai bulan depan, harga itu akan dinaikkan kepada RM2.40.

Dalam hantaran di Facebook rasminya Eco Shop Malaysia  mengumumkan kenaikan harga 10 sen bagi semua barang dijual di rangkaian perniagaannya di seluruh negara bermula 1 Disember ini.

“Dengan berat hati, kami membuat keputusan harga jualan kami akan berubah dari RM2.10 kepada RM2.20 di  Semenanjung Malaysia manakala dari RM2.30 kepada RM2.40 bagi Pulau Langkawi, Sabah dan Sarawak mulai pada 1 Disember,” umum Eco Shop Malaysia.

Jelas kenyataan itu, selama ini Eco Shop Malaysia sentiasa memegang prinsip untuk menawarkan barangan yang berkualiti dengan harga paling murah sehingga rangkapan perniagaan tersebut popular dalam kalangan rakyat.

Bagaimanapun, menurut kenyataan tersebut, pihaknya terpaksa melakukan perubahan harga jualan disebabkan kos barangan yang semakin meningkat tetapi dalam masa sama memberi jaminan akan terus  berpegang kepada prinsip utama syarikat iaitu menawarkan barangan yang berkualiti.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top