Pusingan pertama rundingan Ukraine-Rusia yang bertujuan untuk menamatkan pertempuran antara kedua-dua pihak berakhir tanpa perjanjian segera.
Rundingan itu berlangsung berdekatan Sungai Pripyat dalam wilayah Gomel di sempadan Belarus-Ukraine pada Isnin ketika tentera Rusia meneruskan serangan ke atas bandar-bandar Ukraine – termasuk yang kedua terbesar, Kharkiv – pada hari kelima pencerobohan Rusia.
Seorang pembantu kepada Presiden Rusia Vladimir Putin berkata rundingan dengan pegawai Ukraine berlangsung hampir lima jam.
Vladimir Medinsky, yang mengetuai delegasi Rusia, berkata kedua-dua pihak “menemui perkara tertentu di mana kedudukan bersama boleh diramalkan”.
“Mesyuarat seterusnya akan berlangsung dalam beberapa hari akan datang di sempadan Poland-Belarus,” kata Medinsky.
Mykhailo Podolyak, penasihat tertinggi kepada Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengatakan bahawa rundingan itu tertumpu pada kemungkinan gencatan senjata dan rundingan pusingan kedua boleh diadakan “dalam masa terdekat”.