DUNIA: Jerman Umum Hantar Bantuan Ketenteraan Ke Ukraine

askar-ukraine-1.jpg

Askar Ukraine mencari peluru yang tidak meletup selepas bertempur dengan kumpulan penyerang Rusia di Kyiv. [Sergei Supinsky/AFP] (AFP)

Kongsi Bersama

Tentera Ukraine terus menguasai ibu kota Kyiv pada hari Sabtu ketika pegawai kanan Pertahanan Amerika Syarikat berkata terdapat tanda-tanda tentera Rusia yang menceroboh kecewa dengan tentangan yang lebih sengit daripada yang dijangkakan.

Dalam perkembangan berkaitan, Jerman mengumumkan ia akan menyertai senarai negara yang menghantar bantuan ketenteraan ke Ukraine — dan berkata ia sedang mempertimbangkan pendekatan “bersasar” untuk memutuskan sambungan Rusia daripada sistem perbankan SWIFT.

Di kawasan utara Kyiv dan Kharviv, pergerakan tentera Rusia terhalang oleh tentangan habis-habisan rakyat Ukraine. Seorang pegawai kanan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada Sabtu berkata, beliau melihat rakyat Ukraine begitu bersemangat mempertahankan tanah air mereka.

Semangat tentera dan rakyat Ukraine disemarakkan lagi dengan ketegasan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy yang enggan meninggalkan ibu negara walaupun Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk membawa beliau keluar dari situ. Sebaliknya Zelenskyy telah menyiarkan video dari jalanan, menggesa rakyatnya untuk menyertainya dalam menentang pencerobohan Moscow.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top