DUN Sarawak: RUU Namakan ‘Ketua Menteri’ Kepada ‘Perdana Menteri’, ‘Menteri Muda’ Kepada ‘Timbalan Menteri’ Akan Dibentang

DUN-Sarawak.jpg
Kongsi Bersama

KUCHING: Pindaan perlembagaan bagi menamakan jawatan Ketua Menteri Sarawak sebagai ‘Perdana Menteri’ akan dicadangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan esok.

Menurut satu salinan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang dikongsikan dengan The Borneo Post hari ini, RUU itu melibatkan pindaan Perkara 9(3) Perlembagaan antara lain menggantikan perkataan ‘Ketua Menteri’ dengan perkataan ‘Perdana Menteri’.

Turut dicadangkan ialah pindaan Perkara 44 Perlembagaan Negeri mengenai tafsiran ‘Perdana Menteri’ merujuk atau bermakna Ketua Menteri yang dilantik di bawah Perkara 6(3) Perlembagaan dan sebarang rujukan kepada Ketua Menteri dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah selepas itu merujuk kepada ‘Perdana Menteri’.

RUU itu juga mencadangkan pindaan ke atas Perkara 7A Perlembagaan Negeri bagi mengubah pelantikan ‘Menteri Muda’ kepada ‘Timbalan Menteri’.

Jika diluluskan oleh DUN, 26 Menteri Muda di Sarawak ketika ini akan menjadi Timbalan Menteri.

Menurut RUU itu, ordinan apabila diluluskan, hendaklah berkuat kuasa pada tarikh ditetapkan oleh Yang di-Pertua Negeri menerusi pemberitahuan dalam warta.

RUU ini dijadual dibentangkan di DUN pada Selasa oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Bacaan kali kedua dan ketiga RUU itu akan dilakukan pada hari sama.

RUU itu antara lima RUU akan dibentangkan pada Persidangan Khas DUN yang bermula esok hingga Rabu. – Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top