DUN Sabah wajar jadi platform tuntut hasil negeri 40% – Masiung

masiung-1.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Yussof J. Imbang

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin kanan Parti Gagasan Rakyat Sabah [Gagasan Rakyat] mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) wajar dijadikan platform bagi menuntut bayaran balik hasil kewangan Sabah 40% ‘secara berkala’ yang dikutip Kerajaan Persekutuan.

Naib Presidenya, Datuk Masiung Banah berkata, jika Putrajaya berasa sukar memulangkan serentak bayaran 40% dalam masa setahun, pada dasarnya DUN Sabah boleh mensyorkan mekanisme supaya bayaran dibuat secara berkala.

Dalam kenyataanya hari ini, Wakil Rakyat Kuamut itu mengesa Speaker DUN Sabah, menyediakan agenda tuntutan berkala itu dalam persidangan hujung tahun ini untuk dibahaskan.

“Cadangan ini bagi memudahkan akses Putrajaya melaksanakan bayaran balik hasil kewangan Sabah itu yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63).

“Kita beri kelonggaran kepada kerajaan Persekutuan, sama ada mahu membayar tiga atau empat kali dalam tempoh setahun sehingga mencapai angka 40%,” tegasnya.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan (LPPB) bertaraf menteri itu kesal kerana Putrajaya sengaja melengahkan tuntutan itu sehingga rakyat Sabah terpaksa menanti selama 60 tahun.

Masiung mengingatkan, kegagalan kerajaan Persekutuan mengembalikan hasil 40% akan menimbulkan kemarahan rakyat Sabah sekali gus menimbulkan perepsi bahawa pemimpin kerajaan negeri tidak bersungguh-sungguh terhadap tuntutan itu.

Menurutnya, tahun lalu kerajaan Persekutuan telah mengaut keuntungan sebanyak RM41 billion dari hasil minyak dan kastam Sabah.

Jumlah itu katanya, tidak termasuk hasil kutipan dari agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), syarikat ladang sawit dan pelabuhan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top