DUN Sabah : Rentas Zon Akan Dilaksanakan Semula Di Sabah

roadblock-pkp.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sistem rentas daerah mengikut enam zon di Sabah akan dilaksanakan semula dalam masa terdekat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, pelaksanaan sistem ini sejajar dengan kadar vaksinasi yang telah mencapai 60 peratus penduduk dewasa lengkap menerima vaksin COVID-19.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). Kami telah sepakat untuk melaksanakan liberalisasi secara terkawal dan berperingkat.

“Untuk masa yang terdekat ini, oleh kerana kita telah mencapai tahap vaksinasi 60 peratus  populasi dewasa, kita akan kembali kepada sistem zon yang dibahagikan kepada enam zon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Khamis.

Masidi berkata, penduduk di sesuatu zon bebas merentas daerah dalam zon yang sama, kecuali dari atau ke daerah yang belum mencapai tahap vaksinasi 60 peratus penduduk dewasanya.

“Saya juga telah mencadangkan agar kebenaran rentas daerah seluruh Sabah akan dibenarkan selepas tahap vaksinasi mencapai sekurang-kurangnya 70 peratus.

“Setiap keputusan akan dibuat berdasarkan analisis terhadap data dan situasi semasa,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top