Dua yang ditangkap, senjata api tiruan dirampas dalam serbuan di Kolombong

senjata-tiruan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Polis menahan dua individu dan merampas senjata api tiruan dalam serbuan di sebuah premis di Kolombong dekat sini pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Azmi Abd Rahim berkata, serbuan dijalankan pada jam 2 petang itu.

Katanya, bertindak dengan maklumat, pasukan serbuan membuat pemeriksaan dan mendapati premis itu menjual pelbagai jenis senjata api tiruan.

“Antara senjata api tiruan yang dirampas iaitu empat unit pistol semi-auto jenama Glock dan satu pistol semi-auto jenama P Beretta serta pistol semi-auto jenama Glock Austria.

“Pasukan serbuan turut merampas 10 botol berisi peluru plastik, empat paket berisi peluru plastik dan satu unit target,” katanya.

Pemilik premis dan seorang penjaga stor wanita berusia 18 tahun ditahan, tambahnya.

“Pemiliknya mengaku memiliki replika senjata api itu tetapi mendakwa dia tidak tahu ia menyalahi undang-undang.

“Suspek  juga mendedahkan bahawa barangan itu dibeli di platform media sosial,” tambah Azmi.

Beliau berkata, tangkapan dan rampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.

Sementara itu, Azmi mengingatkan orang ramai bahawa pembelian atas talian dan penjualan serta pemilikan senjata api tiruan adalah satu kesalahan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top