Dua Wanita Cedera, Rumah Dihempap Pokok Tumbang di Kota Kinabalu

pokok-tumbang.jpg

Pasukan bomba memotong dahan-dahan pokok tumbang untuk dialihkan. – Ihsan Bomba

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dua wanita mengalami cedera ringan selepas rumah mereka dihempap pokok tumbang di sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata, kejadian berlaku Kampung Unggun Jaya, Lintas pada kira-kira jam 4.03 petang.

“Kita menerima makluman mengenai kejadian tersebut lalu dan sepasukan anggota seramai 12 orang diketuai Pegawai Operasi, PBK II KUP Yohanes Sipin bersama dua buah jentera dihantar ke lokasi tersebut.

“Setibanya di tempat kejadian yang terletak 12 kilometer dari BBP itu, didapati terdapat sebatang pokok tumbang telah menghempap dapur sebuah rumah yang menyebabkan kerosakan pada bahagian bumbung dapur.

“Pasukan bmba bertindak memotong dahan pokok tumbang itu dan mengalihkannya.

“Terdapat dua orang mangsa terlibat mengalami cedera ringan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba.

“Setelah tiada kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan pada jam 5.15 petang,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top