Dua Termasuk Pegawai Polis Maut Dalam Kemalangan Di Kota Kinabalu

xcicent.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dua orang termasuk pegawai polis maut dalam satu kemalangan di Jalan Lintas, Metrotown, Kota Kinabalu, kira-kira pukul 5:30-pagi tadi.

Kenderaan dinaiki mereka dikatakan terbabas sendiri dan kemudiannya merempuh pokok di tengah jalan tersebut sebelum kedua-dua mangsa tercampak keluar dan ditemui dalam parit pembahagi jalan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd. Rakman mengesahkan kejadian kemalangan ini.

George berkata, siasatan awal mendapati, kenderaan dipandu mangsa wanita, Dylevia Dewalter, 38, dan bersama penumpang yang merupakan rakannya, Azrini @ Azrin Abu Bakar, 42, berpangkat Asisten Superintendan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak.

Katanya, kenderaan tersebut dipercayai bergerak dari arah Citymall menuju ke Jalan Tuaran Bypass.

Tambahnya, ketika kejadian, keadaan jalan adalah lengang dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) bagi rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia ketika diberikan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Warta Oriental

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top