Dua Termasuk Kanak-kanak Hilang Ketika Memburu Di Ladang

pemburu-hilang.jpg

SAR: Pasukan bomba semasa menjalankan operasi SAR bersama PDRM.

Kongsi Bersama

TAWAU: Dua individu termasuk kanak-kanak dilaporkan hilang ketika memburu di Ladang Usahawan Borneo Burmas di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kedua-dua mangsa masing-masing berumur 33 dan 11 tahun itu hilang sejak 24 Jun lalu.

“Mangsa pada mulanya keluar memburu secara berkumpulan seramai lapan orang keseluruhan sebelum berpecah kepada beberapa kumpulan ketika berada di dalam hutan.

“Dua daripada mereka tidak pulang dan usaha mencari mangsa sudah dilakukan oleh rakan-rakannya bagaimanapun kedua-dua mangsa gagal ditemukan sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima laporan daripada pihak Polis pada jam 8.56 pagi kelmarin.

“Bertindak dengan maklumat sepasukan pegawai dari BBP Tawau bergerak ke lokasi sejauh 32 kilometer untuk menjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).

“Operasi SAR giat dijalankan bersama agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top