Dua suspek warga asing kes gaduh masih dikesan polis Kota Kinabalu

suspek-gaduh.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Polis sedang mengesan dua suspek warga asing selepas dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan sehingga menyebabkan kematian di sebuah pusat hiburan di Bandaran Berjaya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata, suspek dikenali sebagai Herman dan Yusuf akan disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, mangsa bekerja sebagai anak kapal disyaki dipukul serta ditikam dengan menggunakan objek tajam.

“Motif kejadian adalah berpunca daripada perselisihan faham. Kita minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar dapat menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Kasim berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat kedua-dua suspek ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat ASP Idrus Arshad di talian 019-8233112 atau di mana balai berhampiran. – Sabah News Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top