Dua Rumah Sembelih, Empat Kilang Roti Di Sandakan Diarah Tutup Serta Merta

arah-tutup-sandakan.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Dua rumah penyembelihan dan empat kilang roti di sini diarah tutup serta merta selepas gagal mematuhi peraturan kesihatan yang ditetapkan.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar berkata ini termasuk tidak mematuhi kehendak dibawah Seksyen 11(Premis tidak suci) dibawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan 9 dibawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Beliau berkata penutupan premis selama 14 hari itu bertujuan memberi ruang kerja-kerja pembersihan dilakukan.

Katanya pihaknya turut mengeluarkan enam notis kompaun dibawah seksyen 32B kerana gagal Mengadakan Program Jaminan Keselamatan Makanan seperti yang diwajibkan ke atas semua kilang proses makanan.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Dr Johari berkata kejayaan itu adalah hasil operasi pemeriksaan yang dilancarkan ke atas enam rumah penyembelihan dan empat kilang roti di sekitar kawasan bandar Sandakan.

Katanya operasi bersepadu yang dilancarkan sepanjang bulan Mac itu turut disertai Pihak Berkuasa Tempatan (MPS).

Johari turut menzahirkan ucapan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan operasi berkenaan. -Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top