Dua Rumah Musnah Terbakar Di Kampung Muhibah

fire-kg-muhibah.jpg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: Dua rumah termasuk sebuah sedang dalam proses pembinaan musnah terbakar dalam kebakaran di Kampung Muhibbah di sini kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Beaufort Mohamad Hasbullah Nenggok berkata kejadian pada jam 4.30 petang itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Kita menggegaskan sepasukan pegawai serta anggota dari BBP Beaufort sebaik mendapat panggilan kecemasan pada jam 4.31 petang ke lokasi sejauh enam kilometer itu.

“Sebaik tiba, pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera dan sumber terbuka iaitu kawasan parit berhampiran menggunakan pam apung,” katanya.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal jam 5.10 petang dan kejadian memusnahkan dua buah rumah jenis tidak kekal masing-masing seluas 20X30 kaki termasuk sebuah rumah yang sedang dibina.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian keseluruhan masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan jam 5.40 petang,” katanya.

 

Sumber: Utusan Borneo/ Foto: Bomba Beaufort

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top