SANDAKAN: Dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Taman Merpati di sini pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan kecemasan pada jam 11.07 pagi mengenai kejadian tersebut dan sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PKPgB Jimmy Lagung bergegas ke lokasi.
Sebuah rumah berkeluasan 70×80 kaki persegi terbakar 100% manakala sebuah rumah berkeluasan 70×20 kaki persegi terbakar 60%.
Operasi pemadaman menggunakan empat aliran 600 kaki enam pancutan sumber air dari tangki jentera dan water tanker