Dua Pasar Malam Di Elopura Mulai Dibuka Bulan Ini

calvin-elopura.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Dua pasar malam di Elopura akan mulai dibuka bermula bulan ini selaras dengan kebenaran beroperasi yang diumumkan oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun (gambar) berkata Pasar Malam Kim Fung akan mula dibuka pada hari ini (2 Januari), manakala Pasar Malam Indah Walk akan beroperasi seperti biasa bermula akhir bulan Januari.

Tambahnya, para pengusaha pasar malam akan membuka gerai mereka bergilir-gilir setiap minggu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, perkara itu bagi mengelak berlakunya kesesakan di pasar malam selain memastikan penjarakan sosial dapat terus diamalkan.

Calvin turut menggalakkan warga Sandakan untuk mengunjungi pasar malam sebagai sokongan bagi menghidupkan kembali ekonomi setempat serta memeriahkan suasana pasar malam di daerah ini.

Beliau turut berpesan agar semua pengunjung sentiasa mengamalkan disiplin kendiri apabila berada di pasar malam.

Jelasnya, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial amatlah penting dan perlu sentiasa diamalkan.

Beliau juga yakin warga Sandakan memahami dan mampu menjalani norma baharu ketika berada di pasar malam tanpa perlu pengawasan yang ketat daripada pihak berkuasa.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top