Di sana sini Rumah Terbuka Aidilfitri.
Bukan sehari dua. Hampir tiap-tiap sehari, dan esok genaplah sebulan.
Saiz rumah terbuka itu pula pelbagai. Tetapi yang kecil pun, yang sekadar untuk saudara mara dan jiran terdekat, hidangannya melimpah ruah.
Yang besar-besar apatah lagi.
Ada rumah terbuka anjuran pemimpin yang hadirinnya beribu-riban.
Bukan seorang dua pemimpin berbangga dengan kehadiran itu. Ramai.
Namakan sahaja apa jenis makanan yang anda mahu, semuanya ada.
Bukan sedikit, banyak.
Kos penyediannya tak payahlah cerita.
Kalau hadirinnya beribu takkanlah belanjanya beratus.
Itu di satu sisi.
Di sisi lain, ramai mengeluh di sana sini.
Harga barang naik.
Harga ikan naik.
Harga ayam naik.
Harga makanan minuman naik.
Tambang e-hailing pun naik.
Darah pun naik.
Apakah kita sebenarnya sedang melihat sebuah sandiwara tentang sebuah keluarga kaya yang miskin, atau sebuah keluarga miskin yang kaya…?
Oleh: Nobodi Somebodi