Dua Maut, Tiga Terselamat Dalam Tanah Runtuh Di Penampang

tanah-runtuh.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dua termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut manakala, tiga individu terselamat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak pembinaan Forest Hill, Penampang petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, dua mangsa tanah runtuh itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Utusan Malaysia, Penolong Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Misran Bisara berkata, dua mangsa dikenali sebagai Salmah Hamid,25, dan Rosatima Asbirin berusia lima tahun. Kedua-dua mangsa merupakan keluarga yang tinggal bersama.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat itu kira-kira pukul 4 petang dan sekumpulan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, dua daripada lima mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mangsa yang terselamat ialah Juliana Zulazmil berusia setahun bersama adiknya Dayana Zulazmil berusia lapan bulan serta Risdah Jabin, 22, dan Norsirah Asbirin berusia tiga tahun.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak 12.30 tengah hari semalam.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top