Dua Maut, Lori Bawa Baja Terbabas Ke Dalam Gaung

lori-maut.jpg

Siasatan polis di tempat kejadian mendapati lori terbabit dipercayai telah hilang kawalan. - Foto PDRM

Kongsi Bersama

BELURAN: Dua maut dalam satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa muatan baja terbabas ke dalam gaung di Jalan Beluran-Paitan, dekat Beluran, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, pemandu lori berusia 44 tahun dan penumpang, 25 tahun, dilaporkan maut di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah di badan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim bin Muda berkata, sebelum kejadian lori terbabit dalam perjalanan dari arah Lahad Datu menuju ke Paitan.

Menurutnya siasatan polis di tempat kejadian mendapati lori terbabit dipercayai telah hilang kawalan.

“Kemudian lori itu terbabas dan masuk ke dalam gaung dipercayai akibat mengalami masalah teknikal iaitu brek gagal berfungsi.

“Akibat kejadian tersebut pemandu dan penumpang telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kasim berkata, mayat mangsa dihantar me bilik mayat Hospital Beluran dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top