KOTA KINABALU: Dua maut dalam kemalangan berasingan awal hari ini (18 Sept).
Dalam kemalangan pertama, seorang pejalan kaki berusia 41 tahun maut selepas dilanggar kenderaan kira-kira jam 1.20 pagi, berhampiran sebuah restoran di Sinsuran, Kota Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Zaidi Abdullah berkata, mangsa pertama kditemui oleh seorang penunggang motosikal yang menunggang motosikal melepasi kawasan itu.
Dia melihat lelaki berlumuran darah itu tidak sedarkan diri lalu menghubungi polis.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian, tambah ACP Zaidi.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya.
Katanya, mangsa dipercayai cuba melintas jalan apabila dirempuh sebuah kenderaan.
Beliau berkata terdapat lampu jalan di bahagian jalan di mana kemalangan itu berlaku. Ketika kejadian hujan renyai-renyai.
ACP Zaidi menyeru saksi kejadian untuk tampil dan membantu siasatan.
Di daerah Tawau, seorang lelaki berusia 27 tahun meninggal dunia akibat kecederaan akibat kemalangan berhampiran Kg Bukit Jalan Merotai kira-kira jam 5 pagi.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Ridwan Baharuddin dipercayai hilang kawalan kenderaannya sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
Mangsa tersepit di dalam keretanya yang rosak teruk berikutan kemalangan itu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata anggota bomba dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 5.11 pagi.
“Pasukan kami ke tempat kejadian dan mereka terpaksa menggunakan alat menyelamat untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.
Pegawai perubatan mengesahkan Ridwan meninggal dunia di tempat kejadian, katanya.
Misran berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala anggota bomba menamatkan operasi pada 5.50 pagi.