Dua Lokaliti Di Kota Belud Dikenakan PKPD

pkpd.jpg
Kongsi Bersama

Dua lokaliti di Kota Belud, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok (29 Jun) sehingga 12 Julai.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dua lokaliti itu membabitkan Kampung Nahaba Tegudon dan Kampung Linau.

“Ia selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlakunya peningkatan kes COVID-19 di mana sembilan kes positif direkodkan hasil dari 48 ujian saringan dijalankan di Kampung Nahaba Tegudon dan 11 kes positif direkodkan dari 15 ujian saringan yang dilaksanakan di Kampung Linau,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, PKPD Kampung Penimbawan, Tuaran, Sabah pula yang dijadual tamat hari ini dilanjutkan semula sehingga 12 Julai ini sementara enam PKPD di Sabah dan Sarawak ditamatkan.

Katanya, PKPD ditamatkan itu termasuk lima sub-zon WP Labuan; Kampung Lebak Moyoh, Kota Belud; Batu 3.5 Jalan Apas (Kiri), Tawau dan Kampung Tanjung Kapor, Kudat di Sabah serta Kampung Tabuan Haji Drahman, Kuching dan 11 Rumah Panjang serta SK Stalon, Stalon, Tanjung Manis, Mukah di Sarawak.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top