Dua Lelaki Menyamar Sebagai Polis, Lakukan Rompakan Ditahan

menyamar-polis.jpg

Kedua-dua suspek yang berumur 48 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di Batu 2 Jalan Semporna -Tawau kira kira jam 12.30 tengah hari. - Foto ihsan polis

Kongsi Bersama

SEMPORNA: Polis menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis ditahan selepas melakukan jenayah samun berkumpulan di sebuah rumah pekerja di Kampung Menteritip Pegagau, Semporna pada Rabu.

Kedua-dua suspek yang berumur 48 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di Batu 2 Jalan Semporna -Tawau kira kira jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata sebaik menerima laporan berkaitan kejadian itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna digerakkan untuk menjalankan siasatan dan tangkapan terhadap kedua-dua suspek tersebut.

tika serbuan kedua-dua suspek sedang berada di rumah berasingan dan keduanya berjaya diberkas.

Pemeriksaan ke atas rumah kedua-dua suspek turut menemui motosikal, gari, tiga telefon bimbit, senjata tajam, parang dan kenderaan yang digunakan semasa melakukan jenayah samun.

Kedua-dua suspek juga disaring ujian air kencing dan didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Kedua-dua suspek tersebut dibawa ke IPD Semporna bersama barang rampasan untuk tindakan dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Mereka kini ditahan reman sehingga 31 Ogos bagi membantu siasatan.

Terdahulu pada Ahad, kira kira jam 5.11 petang, pengadu yang merupakan mangsa samun didatangi kedua-dua suspek yang menyamar sebagai polis dengan menunjukkan sepasang gari dan mengarahkan mangsa keluar sebelum menggeledah rumahnya.

Berikutan kejadian itu semua barang berharga milik mangsa termasuk wang tunai berjumlah RM2,500 dan lima buah telefon bimbit disamun suspek. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top