Dua lagi inisiatif baharu untuk kesejahteraan rakyat Sabah

hajiji-dinner-amal-wanita.jpg

Hajiji bergambar kenangan bersama para tamu dan hadirin Majlis Makan Malam Amal Sinar Madani Sabah Maju Jaya

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Program Santuni Komuniti dan Produk Pek Makanan Segera merupakan dua lagi inisiatif baharu akan dilaksana kerajaan negeri bagi menyantuni masyarakat kurang berkemampuan di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, inisiatif-inisiatif itu adalah antara pelbagai pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri bagi membantu rakyat.

Menurut beliau Program Santuni Komuniti bertujuan meningkatkan penghasilan dan penjualan produk oleh usahawan ibu tunggal dan wanita B40, manakala inisiatif yang satu lagi ialah pengagihan Produk Pek Makanan Segera kepada mangsa-mangsa bencana alam yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara.

“Selaras dengan hala tuju Kerajaan Negeri untuk membudayakan masyarakat prihatin dan merakyatkan perkhidmatan yang cemerlang, Kerajaan Negeri kekal komited untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Pelbagai inisiatif dan program yang merupakan flagships di bawah Pelan Pembangunan SMJ yang telah dilaksanakan sebelum ini diteruskan pada tahun ini,” katanya.

Hajiji juga berkata, selain dua pendekatan baharu itu, beberapa program yang diteruskan pada tahun ini antaranya Program Homeward untuk menyantuni rakyat dalam kategori sakit terlantar dan Program Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) untuk memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan Pra- Sekolah dan Tadika.

“Kita juga meneruskan Program Outreach Santuni Wanita dan Program JHEWAnita untuk memperkasa golongan ibu tunggal dan wanita B40,” katanya sempena Majlis Makan Malam Amal Sinar Madani Sabah Maju Jaya di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu beliau menggesa sektor korporat dan orang perseorangan yang berkemampuan untuk terus menyokong majlis amal seupama ini bagi membantu golongan berkeperluan terutamanya di pedalaman dan luar bandar.

“Kalau bukan kita yang menjalankan kerja-kerja kebajikan siapa lagi yang akan membantu mereka. Inilah sikap Sabah Madani yang harus kita tanam sebagai benih prinsip hidup kita di Sabah.

“Sesungguhnya, majlis makan malam amal ini amat bermakna untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dalam meneruskan kelangsungan hidup pada hari ini, terutama selepas pandemik COVID-19.

“Dalam kita masih mampu untuk membeli makanan dan barang keperluan keluarga, masih ada.insan-insan di luar sana yang memerlukan pertolongan bantuan daripada kita,” katanya.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada Yayasan Sinar Kasih serta rakan kerjasamanya iaitu PEWASA dan SEAMEX kerana berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Amal berkenaan.

“Saya berharap Yayasan Sinar Kasih ini dapat terus membantu jentera kerajaan untuk pembangunan ummah di negeri ini,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top