Dua Lagi Daerah Di Sabah Dilanda Banjir

banjir-paitan.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Sabah merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir dengan daerah Paitan dan Beluran menjadi daerah terbaharu dilanda bencana itu, malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah menerusi kenyataan memaklumkan mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 566 orang daripada 182 keluarga malam tadi berbanding 504 orang daripada 167 keluarga petang semalam.

Di Paitan yang terletak di utara negeri itu, seramai 32 orang daripada tujuh keluarga dipindahkan dengan tujuh orang daripada satu keluarga berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol manakala 25 orang daripada enam keluarga di PPS Dewan Kampung Binsulung.

Seramai 30 orang daripada lapan keluarga di Beluran pula dipindahkan di PPS Dewan Kampung Balaban manakala mangsa banjir di Kota Marudu pula kekal 504 orang daripada 167 keluarga di dua PPS sejak petang semalam.

PPS SMK Tandek di Kota Marudu menempatkan 253 orang daripada 97 keluarga manakala 251 orang daripada 70 keluarga di Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan.

Sementara itu, hujan lebat berterusan bermula tengah hari hingga 4 petang  semalam di Lahad Datu menyebabkan air Sungai Tengah Nipah naik mendadak dan menyebabkan banjir kilat di Kampung Keliatan dan Taman Khazanah Indah, namun banjir kilat itu surut lewat pada lewat petang.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda berkata paras air dilaporkan meningkat di 11 sungai di Beluran, melibatkan tiga kawasan terjejas banjir sehingga beberapa jalan utama dinaiki air. – Awani

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top