Dua Kematian, 391 Kes Positif Baharu Di Sabah Hari Ini

covid-1.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dua kes kematian dan 391 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini.

Selain itu, terdapat dua lagi kluster baharu dilaporkan di Sabah iaitu kluster Alila, Tuaran dengan 23 kes positif dan kluster Istimewa, Sandakan dengan 16 kes. Kluster Alila dikesan dalam kalangan pekerja tapak pembinaan Alila Resort.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam satu kenyataan berkata, dua kematian yang dilaporkan hari ini ialah di Hospital Queen Elizabeth melibatkan lelaki dan perempuan berumur 51 dan 78 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kronik.

Daripada 391 kes baharu, daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 122 kes, diikuti Sandakan (63), Tawau (51), Semporna (48), Tuaran (32), Kudat (23), Penampang (15) dan Keningau (11).

Sementara, Putatan (8), Papar (5), Lahad Datu (4), Sipitang (4), Kota Belud (3) dan satu kes di Beluran dan Pitas.

Hari ini, Tenom berubah dari zon kuning kepada zon hijau setelah tiada sebarang kes aktif dicatatkan. Manakala, Beaufort bertukar dari zon jingga kepada zon kuning.

Dengan tambahan dua kematian terbaru, keseluruhan kes kematian di Sabah sehingga kini adalah sebanyak 168 kes. Sementara, sebanyak 358 kes pulih dilaporkan.

Setakat ini, sebanyak 22,714 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah, dengan 2,475 kes aktif yang sedang menerima rawatan dimana, 678 orang dirawat di hospital dan 1,797 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Terdapat 65 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 23 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, kapasiti katil di hospital dan PKRC seluruh Sabah ketika ini adalah sebanyak 6,621 katil, iaitu 1,010 di hospital dan 5,611 katil di PKRC. Kadar penggunaan katil adalah 37.38 peratus.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top