Dua Kawasan PKPD di Kota Belud Terima Bakul Makanan MAFI Prihatin

mafi-prihatin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI melalui FAMA Sabah, mengadakan program CSR MAFI Prihatin untuk penduduk yang terjejas di dua kawasan PKPD di daerah ini.

Pengagihan sumbangan 150 bakul makanan berupa barangan segar telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah FAMA Datuk Japlin Akim di dua kawasan PKPD – Kampung Nahaba dan Kampung Jawi Jawi, Kota Belud.

Pelaksanaan program itu adalah selaras dengan kempen lebihkan makan buah- buahan dan sayuran tempatan yang diyakini dapat meningkatkan imunisasi badan dan sumber vitamin yang diperlukan untuk melawan penyakit.

Sumbangan itu sebagai simbol keprihatinan terhadap beban yang ditanggung penduduk kampung yang terkesan dengan pelaksanaan PKPD. – Jesselton Times

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top