Dua Ditangkap Bawa 31kg Daun Ketum Di Kota Belud

ketum.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Satu cubaan pengedaran daun ketum di daerah Kota Belud telah berjaya dipatahkan oleh pasukan Polis Narkotik IPD Kota Belud pada Isnin.

Polis mengesahkan sebuah bas mini jenis van, Keningau-KK telah ditahan di Kg Siasai Tamu yang dinaiki oleh dua orang suspek berasal dari Keningau, Sabah.

Penahanan kedua-dua suspek telah membawa kepada penemuan 4 bungkusan plastik di bahagian belakang van berkenaan yang mengandungi daun berwarna hijau disyaki daun ketum seberat lebih kurang 31kg yang dianggarkan berharga RM630.

Kedua-dua suspek ditahan, manakala kenderaan serta barang kes telah dirampas dan dibawa ke Pejabat BSJND Kota Belud, Sabah untuk tindakan lanjut.

Siasatan dijalankan dibawah Sek. 30(3) Akta Racun 1952 ,elibatkan rampasan daun ketum.

Suspek mendapat bekalan daun ketum daripada Keningau dan menjualnya di Kota Belud dengan harga sekilo RM 35 – RM 40, kata polis.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top