Dua ditahan palsukan dokumen kerja penyelenggaraan lebih RM1.1 jut

sprm.jpg

TAWAU: Dua pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan kerja penyelenggaraan berjumlah lebih RM1.1 juta.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 40-an ditahan kira-kira 2 petang ketika hadir di pejabat SPRM Cawangan Tawau, Sabah, kelmarin.

Difahamkan, mereka disyaki menggunakan dokumen palsu untuk tujuan menipu bagi mendapatkan kerja penyelenggaraan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Katanya, mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Tawau pada hari ini (Rabu) mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top