Dua Ditahan Belanjakan Lebih RM1,000 Gunakan Kad ATM Ditemui Di Tempat Cuci Kereta

gari.jpg

(Gambar hiasan)

Kongsi Bersama

TAWAU: Seorang wanita berusia 19 tahun berjaya membelanjakan lebih RM1,000 dengan meleret kad orang lain secara haram sebelum diberkas polis di daerah Tawau pantai timur Sabah.

Turut ditahan pada Rabu ialah adik lelaki tunangnya berusia 24 tahun yang menemui kad itu di tempat cuci kereta di Kubota.

Polis menahan wanita itu di sebuah kedai makanan segera di Taman Megah Jaya pada jam 10 malam, tidak lama selepas pemilik kad itu melaporkan perkara itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Champin Piuh berkata pemilik hanya menyedari kadnya hilang selepas menerima makluman SMS yang menyatakan transaksi dibuat di sebuah rangkaian makanan segera.

Selepas diperiksa, pemilik mendapati wang dalam akaun banknya sudah habis dan membuat laporan polis.

“Berdasarkan soal siasat, lelaki itu menyerahkan kad itu kepada wanita itu selepas menemuinya,” katanya pada Khamis sambil menambah wanita itu telah membelanjakan sejumlah RM1,160.90 mengggunakan kad itu sebelum ditahan.

Kedua-dua suspek kini direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

 

Berita asal: The STAR

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top