Dua ditahan, 13,400 liter diesel seleweng dirampas di Penampang

tanker.jpg

Lori tangki yang dirampas oleh PPM. (Kredit foto: PPM)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki dalam operasi membanteras penyelewengan bahan api bersubsidi di Penampang dekat sini, kelmarin.

Bertindak atas maklumat, sepasukan menyerbu sebuah gudang di Kampung Minintod kira-kira jam 2.45 petang Rabu.

Komander Polis Marin Wilayah Empat Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, ketika serbuan suspek sedang menyalurkan minyak dari sebuah tangki ke sebuah lori tangki.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan 13,400 liter diesel bersama tong minyak, mesin pam dan hos,” katanya pada Khamis.

“Lelaki itu ditahan selepas mereka gagal memberikan sebarang dokumen atau bukti yang membenarkan mereka memiliki, menyimpan atau mengangkut barang kawalan,” tambahnya.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas lori tangki dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Barang rampasan bernilai lebih RM184,000 akan diserahkan kepada pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di sini untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top