Dua beranak ditemukan lemas dalam kolam

lemas.jpg

Mangsa kanak-kanak terbabit ditemukan lemas oleh penduduk kampung berkenaan.

Kongsi Bersama

TAWAU: Dua beranak ditemukan lemas di sebuah kolam berhampiran rumahnya di Kampung Nasib Kita, di sini semalam.

Wanita berusia dalam lingkungan 40-an dan anak lelakinya berusia tujuh tahun itu ditemukan penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu daripada orang awam semalam.

Katanya, sepasukan polis yang digerakkan ke lokasi kejadian mendapati kedua-dua mangsa ditemukan lemas oleh penduduk kampung.

“Setakat ini polis sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian itu dan mayat kedua-dua mangsa terbabit telah dihantar ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada ia ini adalah kes bunuh ataupun mati mengejut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan lanjut setelah semua laporan bedah siasat diterima.

Jasmin menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar berhubung dengan balai polis berdekatan. – UTUSAN BORNEO

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top