Dua beradik mati lemas di kolam terbiar di Sandakan

lemas.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Dua beradik dilaporkan mati lemas ketika mandi di sebuah kolam terbiar dekat Kampung Batu Putih, Jalan Sungai Kayu, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisoner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, dalam kejadian yang berlaku pada pukul 11 ​​pagi itu, mangsa Amira Rolan, 19, dan Muhamad Awira, 10, sedang mandi di sebuah kolam terbiar dekat Kampung Bambu Batu 7 bersama empat lagi keluarganya.

“Ketika berenang di kolam terbiar tersebut, kedua-dua mangsa dilaporkan lemas,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis

Beliau berkata, kedua-duanya berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang memberi bantuan dan dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent di Sandakan pada pukul 12.40 tengah hari, katanya.

Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dengan jenazah mangsa juga difahamkan telah diserahkan kepada keluarga mereka untuk dikebumikan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top