Dua Beradik Mangsa Bot Karam Ditemukan Lemas, Kakak Masih Hilang

lemas-tawau.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Dua daripada tiga beradik yang gagal diselamatkan dalam tragedi bot karam di perairan Kampung (Kg) Batu Payung, di sini temukan lemas pagi tadi  oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat di sekitar kawasan kejadian.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander (M) Amiludin Yenggah berkata, mangsa pertama dijumpai ialah Jaidi Muhaimin, 5 tahun terdampar di persisir pantai Kg Batu Payung kira-kira jam 6.30 pagi oleh penduduk kampung.

Mayat Saiful Mohaimin,15, pula ditemukan pada jam 8.58 pagi, tidak jauh daripada mangsa pertama, manakala kakak mereka Rahena Muhaimin, 20, masih hilang.

Menurut Amiludin pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 4.40 petang kelmarin.

“Susulan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan mengarahkan dua aset ke lokasi kejadian.

“Turut membantu dalam operasi SAR termasuklah aset Pasukan Polis Marin (PPM), Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan lebih kurang 20 bot penduduk kampung,”katanya.

Katanya lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk ujian COVID-19 dan sekiranya negatif jenazah akan diserahkan semula kepada pihak keluarga untuk urusan pengkebumian.

“Semua agensi penguatkuasa masih menjalankan operasi SAR sehingga mangsa ketiga ditemukan dan maklumat akan diberikan dari semasa ke semasa,” katanya.

Turut hadir turun padang melihat operasi SAR, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top