Dua beradik hilang dihanyutkan kepala air di Keningau

kepala-air.jpg

Foto IHSAN POLIS

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dua beradik, termasuk seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, dilaporkan hanyut selepas rumah mereka dilanda kepala air di Sungai Talangkai Karamatoi Ulu, Sook, Keningau petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 5 petang itu, Norsifah Asrul, 3, dan adiknya Muhd Fadli Asrul, yang merupakan warga Indonesia, terlepas pegangan ibu bapa mereka ketika bersiap untuk mandi.

Ketua Polis Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, menyatakan bahawa kejadian berlaku ketika mereka berada di ruang tamu rumah kongsi yang terletak kira-kira 20 meter dari sungai. Tanpa disedari, kepala air meluru dengan deras akibat hujan lebat yang berterusan selama beberapa jam.

Sebelum kejadian, bapa mangsa sempat meninjau luar rumah dan mendengar teriakan pekerja lain yang mengatakan berlaku ‘gempa bumi’.

“Namun, kepala air tiba-tiba menerjah rumah mereka. Bapa mangsa kemudian masuk semula ke dalam rumah, di mana ibunya sedang memegang bayi, manakala bapanya memegang Norsifah,” katanya.

Namun, kedua-dua mangsa terlepas daripada pegangan selepas rumah itu dirempuh oleh kayu balak yang dihanyutkan oleh kepala air.

Beliau menambah bahawa pihaknya telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dan penduduk kampung. Ibu bapa mangsa juga mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Keningau.

 

Sumber: HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top