Dua Bekas Pemimpin UMNO Direman Tujuh Hari Salah Guna Wang

umno-penang.jpg

Dua bekas pemimpin bahagian Umno tiba di Mahkamah Majistret George Town semalam.

Kongsi Bersama

GEORGETOWN: Dua bekas pemimpin bahagian UMNO di Pulau Pinang direman tujuh hari bagi membantu siasatan atas dakwaan mengeluarkan dana parti berjumlah RM600,000 untuk kegunaan peribadi.

Dua lelaki berusia lewat 50-an dan awal 70-an itu direman mulai semalam hingga 19 September untuk disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana penyalahgunaan kuasa.

Permohonan perintah reman SPRM itu diluluskan majistret Rosnee Mohd Radzuan, menurut FMT.

Difahamkan, laporan polis dibuat terhadap dua lelaki itu selepas beberapa pengeluaran didakwa dibuat daripada akaun bank bahagian UMNO terbabit.

Dana itu didakwa dipindahkan ke sebuah yayasan pendidikan untuk kegunaan peribadi mereka.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top