Dua Banduan Diberkas, Seorang Masih Diburu

Banduan.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Dua daripada tiga banduan warga asing yang dilaporkan melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Dewan Arena, kelmarin berjaya diberkas semalam.

Kedua-dua suspek yang disahkan positif Covid-19 diberkas hasil maklumat orang awam di bandar Tawau melalui Op Kesan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kedua-dua suspek iaitu Hasyim Muhammad Syata,34, dan Niko Matheus,25, diberkas semula di bandar Tawau.

Suspek pertama, Hasyim Muhammad ditahan pada 12.30 tengah hari semalam manakala, Niko pula ditahan pada 5.30 petang di sekitar bandar Tawau.

“Sementara itu, seorang lagi suspek iaitu Jimnajir Annor,23, masih diburu. Usaha memburu suspek terakhir sedang dipergiatkan di sekitar daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ketiga-tiga suspek melarikan diri dari PKRC itu pada 12.30 tengah malam, kelmarin dengan mengumpil jeriji besi di bahagian tandas PKRC tersebut.

Tiga banduan berkenaan antara 16 banduan dan tahanan yang ditempatkan di PKRC Dewan Arena selepas disahkan positif Covid-19 bagi tujuan pengasingan dan rawatan.-


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top