DSP Lajim Meninggal Dunia Akibat Covid-19

almarhum-lajim.jpg
Kongsi Bersama

Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin meninggal dunia kira-kira pukul 6.23 pagi tadi akibat komplikasi jangkitan Covid-19.

Perkara tersebut disahkan oleh Pegawai Khas kepada Lajim, Ismail Norazman menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata, Lajim menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital swasta dan jenazah beliau akan dibawa ke kampung halamannya di Kampung Kebatu, Beaufort untuk disemadikan.

“Terima kasih untuk segala doa kalian, semoga Allah menempatkan beliau dikalangan hambanya yang soleh disisiNya kelak, diampunkan segala dosa dan diterima segala amal kebaikannya di dunia, al-Fatihah,” tulisnya pada hantaran di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, Lajim yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disahkan positif Covid-19 sejak 12 Ogos lalu dan dimasukkan ke hospital swasta bermula 13 Ogos.

Namun, keadaan kesihatan beliau semakin merosot dan pihak hospital mengambil keputusan untuk tidurkan beliau bermula Selasa lalu.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top