Dr Yusof Pemimpin Talam Dua Muka ‘Perlu Bertaubat’ – Kamarlin

Kamarlin.jpg

Datuk Kamarlin

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob yang disifatkan sebagai pemimpin ” Talam Dua Muka” disaran supaya bertaubat atas tindakannya menghentam UMNO Sabah selepas menyertai semula parti itu setelah keluar daripada WARISAN tahun lalu.

Ketua UMNO Sipitang, Datuk Kamarlin Ombi, berkata Dr Yusof tidak wajar membuat tuduhan melulu termasuk mengatakan tindakan UMNO menarik sokongan daripada kerajaan negeri sebagai merampas kuasa.

Katanya, Dr Yusof juga bersikap keterlaluan apabila meminta Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meletak jawatan atas alasan kononnya rancangan rampasan kuasanya gagal.

Beliau berkata, perbuatan Dr Yusof itu menyerlahkan niat sebenarnya menyertai semula UMNO yang mempunyai tujuan lain bersifat kepentingan diri dengan berselindung di sebalik kedudukan sebagai ADUN UMNO.

Malahan menurut Kamarlin yang juga bekas ADUN Lumadan ketika perbincangan pemimpin UMNO Sabah di buat tanggungjawab diberikan kepada Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Yakub Khan bersama Ketua Penerangan Datuk Raimi Unggi untuk mengadakan perbincangan namun apa yang terjadi Dr Yusof adalah pemimpin yang lebih awal menemuai Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dengan agenda yang tidak diketahui.

“Kita menafikan ada gerakan merampas kuasa seperti yang didakwa Dr Yusof. Sebaliknya Dr Yusof keluar dari WARISAN dan menyertai UMNO rupanya ada tujuan dan bermatlamatkan kepentingan diri sendiri.

“Selaku ADUN yang kononnya ahli UMNO tetapi dalam masa yang sama menjadi tali barut (penghianat) dari dalam dengan cara menjadi ejen untuk mempengaruhi ADUN UMNO bagi menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS)” katanya sebagai mengulas kenyataan Dr Yusuf yang disiarkan di salah sebuah protal dalam talian yang dikawal selia oleh GRS.

Dr Yusof

Dalam hubungan ini Kamarlin berkata UMNO bahagian Sipitang pada mulanya curiga dengan penyertaan Dr Yusuf bersama UMNO kerana bimbang akan menggunakan parti untuk kepentingan peribadi dan akhirnya kebimbangan tersebut telah terbukti

” Ternyata beliau (Dr Yusuf) bukan pemimpin yang memiliki prinsip perjuangan selain dari perjuangan untuk kepentingan peribadi malah,sehubungan itu, Dr Yusof wajib bertaubat, jangan terus jadi katak,” katanya

Kamarlin mendakwa, Dr Yusof juga berjaya mempengaruhi Hajiji untuk memecat Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah.

“Kita dapat tahu dia (Dr Yusof) dijanji untuk mengganti tempat Salleh selaku Pengerusi Qhazanah Sabah,” katanya.

Dr Yusof adalah antara lima ADUN UMNO yang tidak menyokong tindakan UMNO Sabah meninggalkan kerjasama dengan kerajaan negeri pimpinan Hajiji.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top