Dr Yusof Nafi Letak Jawatan ADUN

dr-yusof-warisan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob, yang meninggalkan Warisan awal bulan ini untuk menjadi wakil rakyat Bebas, menafikan laporan berita bahawa beliau meletak jawatan sebagai ADUN.

Bekas Ketua Penerangan Warisan itu berkata, beliau masih mewakili kawasan DUN di barat daya Sabah itu.

“Tak benar, saya tak meletak jawatan,” katanya ketika dihubungi FMT malam tadi.

“Saya masih ADUN Sindumin, tetapi sebagai wakil rakyat Bebas menyokong kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.” – FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top